Aktiviti Ejen Hartanah
Kami telah membantu ramai pemilik rumah menjual rumah, tanah dan kedai serta membantu ramai pembeli rumah memiliki aset hartanah pertama atau pelaburan. Ini antara beberapa aktiviti yang sempat saya rakam.
Senarai hartanah telah berjaya jual dan sewa
SERVIS BAGI JUAL BELI @ SEWA HARTANAH
Kami adalah ejen aktif di Lembah Klang dan berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir & Ejen Hartanah (LPPEH). Kami telah berjaya membantu ratusan pemilik hartanah menjual dan menyewa unit mereka. Hartanah tersebut termasuklah apartment, rumah kediaman, tanah dan bangunan komersil. Hubungi kami untuk mendapatkan khidmat bantuan hartanah berikut:
Semak Harga Pasaran
Kami akan dapatkan nilai harga pasaran semasa dari jurunilai hartanah atau pihak bank. Ini bagi menentukan jumlah pembiayaan yang akan diluluskan pada pembeli.
ANALISIS PASARAN SEMASA
Analisis trend pasaran dan permintaan akan dilakukan untuk memposisikan hartanah anda. Langkah ini adalah paling penting untuk mempercepatkan proses jualan hartanah.
RANGKAIAN HARTANAH
Iklan hartanah anda akan dikongsi dengan ratusan perunding hartanah di agensi kami. Kami juga mempunyai jaringan pihak bank dan peguam yang berpengalaman yang akan membantu proses jualan hartanah anda.
Iklan Bersepadu
Pemasaran melalui online dan offline secara efektif. Hartanah anda akan diiklankan di portal popular; Facebook, Google, Propertyguru, Iproperty dan banyak lagi. Kami akan pastikan iklan hartanah anda dilihat secara meluas.
Kawasan Servis Ejen Hartanah
Meliputi negeri-negeri di dalam Lembah Klang; Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Kami juga turut menawarkan servis di luar Lembah Klang termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Perak dll.
Jika anda berminat melantik Ejen Hartanah untuk urusan jual beli atau sewa hartanah boleh isikan borang yang disediakan ini atau klik butang di bawah untuk whatsapp saya.
Sila isi maklumat hartanah di borang ini. Kami akan menyemak harga pasaran dan hubungi anda dengan segera.