EJEN HARTANAH SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

EJEN HARTANAH SELANGOR DAN KUALA LUMPUR (PROPERTY AGENT)

Saya merupakan Ejen Hartanah atau Real Estate Negotiator [REN] yang berdaftar di Selangor Dan Kuala Lumpur menguruskan jual-beli dan sewa rumah, kedai, dan tanah merangkumi kawasan Lembah Klang; Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Saya juga turut menawarkan servis di luar Lembah Klang termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Perak dll.

MENAWARKAN KHIDMAT JUAL BELI & Sewa RUMAH, TANAH & KEDAI DI SELANGOR DAN KUALA LUMPUR

Ejen Hartanah Selangor dan Kuala Lumpur

Adakah Anda Sedang Mencari Ejen Hartanah Berdaftar?

Untuk Menguruskan Jual dan Beli di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur?

Biar saya bantu anda untuk jual atau sewa hartanah anda tidak kira rumah, tanah, kedai atau kilang.

Anda mempunyai masalah berikut?

  • TIDAK MENGETAHUI PROSES YANG BETUL UNTUK JUAL BELI HARTANAH
  • MASALAH TIDAK TAHU NILAI PASARAN SEMASA HARTANAH.
  • TIDAK TAHU CARA UNTUK MENAPIS PEMBELI YANG TEPAT DAN BERKELAYAKAN.
  • TAKUT ADANYA KES SEPERTI PENIPUAN, KECURIAN, ROMPAKAN DAN LAIN-LAIN YANG TIDAK DIINGINI TERJADI SEPANJANG PROSES JUAL BELI ATAU SEWAAN

Anda tidak perlu risau dan bimbang kerana saya sebagai perunding hartanah bersedia membantu.

Menjual hartanah tidak mudah dan memerlukan pelbagai ilmu undang-undang dan praktikal. Malah, hartanah yang dipasarkan perlu bersaing dengan banyak hartanah lain. Kemungkinan besar hartanah anda tidak terjual atau mengalami pelbagai masalah seperti di atas jika tidak diuruskan dengan baik.

Mengapa anda perlu memilih saya?

Saya adalah perunding hartatanah yang berdaftar dengan nombor leses [REN 23636] di Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah & Pengurus Harta (LPPEH).

Pengenalan Tentang Diri Saya

Saya, Haziq Bohari Perunding Hartanah berdaftar di Lembah Klang. Bernaung di bawah syarikat Legacy Real Property Sdn Bhd. Saya berpengalaman lebih 5 tahun sebagai Real Estate Negotiator (REN) dan telah terlibat dalam bidang hartanah sejak 2016 setelah bertukar kerjaya dari jurutera mekanikal.

Saya berasal dari Perak dan berhijrah ke Kuala Lumpur sejak 2009. Mempunyai ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal dengan kepujian dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Sepanjang saya menjadi REN, saya telah berjaya membantu ratusan pemilik hartanah menjual dan menyewa unit mereka. Hartanah tersebut termasuklah apartment, rumah kediaman, tanah dan bangunan komersil.

Aktiviti Ejen Hartanah

Ini antara beberapa aktiviti yang sempat saya rakam sewaktu proses menjual dan menyewa hartanah

Senarai hartanah telah berjaya jual dan sewa

KENAPA PERLU MELANTIK EJEN UNTUK JUAL BELI HARTANAH?

Semak Harga Pasaran

Saya akan dapatkan nilai harga pasaran semasa dari jurunilai hartanah atau pihak bank. Ini bagi menentukan jumlah pembiayaan yang akan diluluskan pada pembeli.

ANALISIS PASARAN SEMASA​

Analisis trend pasaran dan permintaan akan dilakukan untuk memposisikan hartanah anda. Langkah ini adalah paling penting untuk mempercepatkan proses jualan hartanah.

RANGKAIAN HARTANAH​

Iklan hartanah anda akan dikongsi dengan ratusan perunding hartanah di agensi saya. Kami juga mempunyai jaringan pihak bank dan peguam yang berpengalaman yang akan membantu proses jualan hartanah anda.​

Iklan Bersepadu

Pemasaran melalui online dan offline secara efektif. Hartanah anda akan diiklankan di portal popular; Facebook, Google, Propertyguru, Iproperty dan banyak lagi. Saya akan pastikan iklan hartanah anda dilihat secara meluas.

Kawasan Servis Ejen Hartanah

Meliputi negeri-negeri di dalam Lembah Klang; Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Saya juga turut menawarkan servis di luar Lembah Klang termasuk Negeri Sembilan, Melaka, Perak dll.

Jika anda berminat melantik Ejen Hartanah untuk urusan jual beli atau sewa hartanah boleh isikan borang yang disediakan ini atau klik butang di bawah untuk whatsapp saya.

Sila isi maklumat hartanah di borang ini. Saya akan menyemak harga pasaran dan hubungi anda dengan segera.